Rabu, 29 September 2010

Welcoming and Talent Day - TALENTA 2010

Shalom buat saudara-saudari dalam Kristus,selagi lagi saya ingin mengucapkan terima kasih sebab sempat melawat di dalam blog muda-mudi kami yang ringkas ini namun kami percaya Kasih Tuhan membuat kita bertemu lagi. Amen! Saya ingin mengongsikan mengenai apa yang telah dialami ketika di dalam Hari Talenta ini merupakan satu kejayaan yang baik dan luar biasa! Wow! (tema sorakan TALENTA) hihihihii....:-P Sangat-sangat terkilan apabila melihat banyak anak-anak muda mahupun veteran-veteran (dewasa) yang hadir...lebih dari 400 orang dan ianya sangat luar biasa sebab dengan tempat yang agak sempit di tempat kami lakukannya di ACS Second Hall ini menjadikan manusia yang hadir hebat-hebat dan fantastik! Sangat riuh dan sempit...sampai aircon pun tak mampu menyejukkan kami yang sempit di dalam dewan tersebut. Sememangnya ianya mantap dan BEST BANGET!!!

Semasa para tetamu datang,saya terkejut juga melihat ramai mereka dari setiap IPT dan sekolah yang hadir. Mereka daftar kedatangan mereka pada Unit pendaftaran kami di depan kaunter sebelum masuk ke dewan dan kami juga ada mengadakan Celebrity Wall bagi tujuan memperingati mereka yang datang dan menjadi kenangan buat kami untuk mengenal mereka dengan lebih dalam lagi. Di mana yang orang yang mengurus photography ini ialah Glen Andrew Udan dengan krew-krewnya untuk memastikan Celebrity Wall ini berjaya untuk menyempurnakan acara kami dalam TALENTA ini. Memang banyak IPT-IPT mahupun sekolah-sekolah yang hadir seperti IKM, PLPB (Belia), Kolej Abdillah, UNITAR, UITM, UNIMAS, Politeknik Kuching, PTPL, Twintech dan banyak lagi mereka yang tak sempat saya sebutkan....

Semasa acara ini dijalankan, Opening yang sangat mantap dengan adanya Countdown dengan muzik yang serba hebat! Wow! yang diketuai oleh Rhemedy Ochey. Sekeliling yang digelapkan....dengan cahaya warna-warni berseri....indahnya! Muzik dari Praise Valley Band yang luar biasa membuatkan sekeliling bergerak! sehingga ada yang berdiri di atas kerusi lagi...huhu....sampai saya boleh lihat mereka semua bersempit-sempit....dan mereka melompat dan menari dengan adanya gaya mereka sendiri..hahahaa! (tak tahu gaya apalah....:-P) Lagunya Namanya Yesus banyak membuat anak-anak muda ikut apabila saya melihat mereka melompat sekuat hati mereka dengan klimaks lagunya....seiring itu lagu Hati Hamba yang menyentuh hati setiap orang yang hadir banyak memberi makna dalam kehidupan peribadi....

Dan beberapa kata-kata semangat dan khotbah ringkas dari Pastor Oda Ato yang memberi dorongan kepada anak-anak muda untuk terus maju dan bergerak! Ada makan tengahari juga...sebab acara ni dari pukul 9.00am mula sampai 3.00pm....6 jam kok....hihi....makanan yang enak-enak dan yang mengejutkan ialah sampai tak cukup makanan pun ada....huhu.....sampai ada antara kami terpaksa beli tapau di luar untuk mereka yang tak sempat ambil makanan...huhu....Bravo guys!!! kamu orang cukup hebat kerana menghulurkan tenaga membeli makanan lagi....semasa itu, acara mulai dengan GAMES yang dibawa oleh setiap ketunya ;- Simon Jolly, Vivia Paya Robin, Loviana Ai, Yohanalis Ulleh dan selepas itu, ada persembahan-persembahan dari setiap IPT-IPT dan sekolah-sekolah.....it So Amazing!!!!! dalam lakonan, nyanyian koir, tarian breakdance.....banyak bakat anak-anak muda zaman kini.....

Sejurus itu, pengakhirannya dengan Celebration oleh Praise Valley Band sekali lagi yang diketuai oleh Ted Douglas dengan nyanyian Raja Pemenang dan Sukacita Bergelora yang hebat! ada alunan ombak dari manusia-manusia yang hadir dengan kerjasama mereka yang lucu-lucu dan luar biasa....lompatan yang tinggi menampakkan semangat mereka yang tak pernah pudar di dalam Tuhan....Dan selepas itu Doa penutupan oleh Penatua Anthony Antong,ketua gereja SIB Praise Valley mengucapkan terima kasih dan syukur kepada yang datang dan harap kita bertemu lagi pada masa hadapan dalam TALENTA 2011....doakan aktiviti k yang diisytiharkan sebagai aktiviti tahunan muda-mudi Prasie Valley....sebab selepas ini, tempatnya lebih luas lagi dan pasti akan lebih mantap lagi! dan kita akan ingin mencapai lebih seribu orang yang datang....amen! Tuhan memberkati! See u all! Love u anak-anak Tuhan! WOW!!!! <3










Praise Valley Band Concert Bersama Soulcatchez


Terima kasih kepada Tuhan Allah yang Berkuasa kerana Konsert Soulcatchez dengan jayanya telah selesai dengan luar biasa....bersama-sama dengan kami melalui pujian dan penyembahan yang deras dan luar biasa! Tujuannya untuk mengeratkan hubungan antara kami dengan gereja di luar melalui band ini yang mempunyai 6 ahli dalam Soulcatchez yang merupakan dari setiap dominasi yang berbeza seperti SIB, Covenant Fellowship Church, Baptist dan sebagainya. Bukan itu sahaja, semuanya ini bagi kemuliaan nama Tuhan kita Yesus Krustus yang hidup melalui pujian dan penyembahan. Ahli Soulcatchez ini terdiri daripada 6 orang :- Steven Barca (Vokal), Maxwell a.k.a. Masan (Lead Guitar/Guitar), Denny Chieng (Guitar), Irwin Joe (Bass), Mike Philip (Drum) and Gideon (Keyboard)...masing-masing mempunyai peranan tersendiri dalam band tersebut. Konsert ini juga bertujuan untuk mempromosikan album baru mereka dengan terdapat 3 lagu yang baru yang sangat-sangat menyentuh jiwa anak-anak muda zaman ini.
Konsert ini berlangsung dari pukul 8.00pm sampai 11.00pm...di mana Opening acara ini dibawa oleh Praise Valley Band terlebih dahulu dengan hanya membawa dua buah lagu saja. Lagu Sukacita Bergelora (versi Japan-Rock) dan Hosanna (True Worshippers) yang diketuai oleh Souisa Ding (worship leader),backup singers - Loviana Ai, Andy Chung dan Gloria Gelawat. Pemain muziknya ialah Clarence Padan (Lead Guitar/Guitar), Freddie Daneil (Bass), Larry Sakai Geriso (Drum), Timothy Tadam (Keyboard) dan Ponisah Sabod (Acoustic Guitar). Segala yang terjadi sangatlah luar biasa....dan selepas itu,Soulcatchez mengambil bahagian mereka untuk menghangatkan lagi keadaan pada malam itu. Banyak jemaat yang datang dari setiap dominasi gereja...seperti gereja Latter Rain Church (LRC), St.Faith Church, Christ Baptist Church (CBC), Covenant Fellowship Church, SIB Satria Jaya Iban, SIB Ebenaezar dan banyak laginya gereja di Kuching....
Konsert ini juga diiringi dengan Firman Tuhan oleh Pastor Ambrose Liap dari SIB Satria Jaya Iban. Firman yang berkaitan dengan perubahan dunia yang diikat oleh iblis (Berjaga-jagalah anak-anak muda sebab iblis bagaikan singa yang mengaum-ngaum)....dan konsert ini dibawa oleh Soulcatchez dengan mempersembahkan lagu baru mereka. Akhirnya diakhiri oleh doa penutup oleh Pastor Ambrose Liap sekali lagi.

Khamis, 16 September 2010

Soulcatchez Konsert Bersama Praise Valley Band


Buat pertama kalinya, gereja SIB Praise Valley bergabung dengan band tempatan "SOULCATCHEZ" untuk membuat konsert bersama-sama di gedung gereja pada 18 September 2010. Pada malam sabtu pukul 8.00pm mula sampai habisnya konsert ini. Sungguh indah apabila bergabung dengan mereka dimana latar belakang mereka mempunyai bakat yang luar biasa dalam muzik...Soulcathez dimana harapan mereka untuk menjangkau jiwa-jiwa yang haus akan Kasih Tuhan di dalam pemulihan dan membangkitkan iman hidup...Merupakan kombinasi kesatuan yang hebat dengan melakukan pujian dan penyembahan untuk kemuliaan Tuhan. Sungguh pun kami dari SIB Praise Valley hanya sederhana saja namun kami percaya apabila Roh Allah menyertai kami semua bersama-sama di dalam Konsert ini akan menampakkan kuasa Tuhan bekerja dalam arena muzik....Ajaklah rakan-rakan anda menyertai konsert ini yah! jangan lepaskan peluang....Konsert ni tiada bayaran....Jumpa anda semua disana...Tuhan memberkati kita semua! Amen!

Tempat: SIB Praise Valley Church
Masa: 8.00pm sampai habis
Tarikh: 18 September 2010 (Malam Sabtu)
Pengkhotbah: Pastor Ambrose Liap (dari SIB Satria Jaya Iban)

FRONTLINE GENERATION OF GOD!!!!bersorak-sorailah dalam Tuhan!

Serba sedikit tentang Soulcatchez:
in ENGLISH VERSION -
Started from Worship ministry, a group of young and talented youth came together and formed a band in 1997. The band initially started with three members band, Steven (Vocal / Guitar), Irwin Joe (Bass) and Mike (Drum) had began their ministry in different churches, seminars and assist in the Inter-School Christian Fellowship in various schools to reach out to the young people.

In the year 2000, with two new band members, Danny (Guitar/ Lead Guitar) and Maxwell (Lead Guitar / Guitar), they decided to name the band "SOULCATCHEZ". Soulcatchez, which comes from the word "Soul Catchers" simply mean "To Win and Capture the Soul of the Lost for God and His Glory".

With the new line-up, we have served in various churches including concerts in Sri Aman, Sarikei, Miri and Kuching. In 2005 we have successfully recorded our first DEMO titled "Kasih Sahabat" and two years after that we had our EP titled "Tentang Dia" recorded and released. Over the years, the band have went through many challenges and have seen positive changes in each of the band members personal life as well as the band as a whole.

Their ministry have grown and touched many life of young people. Today, their band members has grown from a three members band to six which are Steven (Vocal), Maxwell (Lead Guitar / Guitar), Danny (Guitar /Lead Guitar), Edward (Bass), Gideon (Keyboard - joined in 2007) and Mike (Drum).

We pray that our ministry will keep on growing with our God given talents as without Him, we are nothing and we promise to give the best for Him and our fans. Please pray for us as your prayers and support is valuable to us.

It is not the fame that we are seeking for, but rather doing what God has commanded us to do,"...therefore go and make disciples of all nations..." Matthew 28:19 (KJV) and become fishers of man (Matthew 4:19) to reach out to the lost through music ministry. Together, let us make Jesus known to the world and keep rocking for Him!!!

Jumaat, 30 Julai 2010

Saya Pengikut Kristus ke-5

Pada waktu ini SPK-5 sedang berjalan....
Merupakan satu intiman yang hebat antara pembina dan anak bina apabila saling mengenali satu sama lain....

"keterbukaan adalah awal pemulihan"

SPK-5
bermula pada: 4 Julai 2010
Ketua kelas: Bro. Cannady Padan
Kaunselors: Pastor Oda Ato, Penatua Anthony Antong, Madam Joyce Padan, Chiwi Ngang, Andy Daneil dan Ted Douglas
Admins: Glady Sigar, Noria Lasah, Vivia Paya Robin, Patricia Valerie dan Freddie Daneil (Music Coordinator)

SPK ini bukannya sekadar program namun ianya ialah CARA HIDUP...
mengajar dan membentuk kita dari segi kehidupan sosial dan perbuatan hidup kita terhadap orang lain di sekitar kita...
Dan sangat-sangatlah luar biasa melihat anak-anak muda makin mantap dan berubah di dalam Tuhan. Mereka mengongsikan pengalaman lampau dan kehidupan pahit mereka untuk diperbaharui kehidupan mereka agar mengalami Kristus dalam hidup untuk selama-lamanya.... Dari segi bangsa dan cara hidup, apabila mengikuti Tuhan...kita akan memperoleh kehidupan yang abadi dan benar di hadapanNya. "Ini bukan soal benar atau salah
,tetapi ini soal RESPONSE kita kepada Tuhan..."

"Kita terbuka kepada Tuhan melalui pembina kita....berkongsi masalah dan kehidupan yang dilalui agar menjadi seorang kristian sejati dalam seharian hidup. Berubah dan mengalami Kristus...kita percaya Yesus akan menyelamatkan kita dari dosa-dosa lampau dan kehidupan pahit kita agar kita menjadi MURID SEJATI sebagai ANAK ALLAH...."


Rabu, 17 Mac 2010

SPK Pemenang ke-4 intake Februari 2010

Inilah Gambar-gambar semasa proses SPK ke-4 dijalankan sepanjang minggu. Gambar pembina dan pesertanya...terdapat juga Supervisor dan Penasihat SPK...Terdapat banyak topik dah dibawa...di dalam Komitmen Pemenang ini...Betapa kesatuan iman dan kasih begitu erat antara kami semua bersama peserta-peserta ini.

Terbuka hati dan sanggup menyatakan masalah peribadi mereka untuk pemulihan dalam hidup mereka. Kami dah bagaikan adik-beradik dalam Kristus memanggil sesama sendiri abang dan adik,kakak dan ayah dan ibu...betapa besarnya Kasih Tuhan di dalam kami...

Selasa, 9 Februari 2010

SPK Pemenang ke-4

Shalom semuanya...ini merupakan peserta yang baru datang bagi SPK sesi ke-4 ini...datang lagi beramai-ramai yah...SPK ini terbuka kepada semua orang yang ingin menyertainya...tak kira umur mahupun status diri anda...kita merupakan tubuh Kristus..satu iman dan satu roh di dalam Tuhan. Marilah kita semua datang beramai-ramai ke program SPK ini...sememangnya berhasil membangkitkan iman anak-anak muda zaman kini...amen! (gambar di atas merupakan bagi SPK-4 ini..new picture...peserta dan juga pembina)

Ketua Kelas SPK-4: Chiwi Ngang
tempat: SIB Praise Valley Church
Pukul: 2pm -4pm (masa dah diubah)
pembayaran sampai habis SPK: RM15 sahaja.

bawalah ramai kawan-kawan anda datang yah...amen! Tuhan memberkati kita.

Rabu, 3 Februari 2010

KKR dari Reverend Lois Chiew

SHALOM SEMUA ANAK-ANAK TUHAN DALAM KRISTUS....datanglah pada malam khamis ni sampai jumaat malam ada KKR (Kebaktian Kebangunan Rohani) kok...
Pengkhotbah : Reverend Lois Chiew (dari Station of Life - SOL)
Masa: 7.30pm mula....
tarikh: 4 Februari 2010 until 5 Februari 2010 (Khamis dan Jumaat malam)
Tajuk: Purposes and His Protection in the Coming Global Storms

Datanglah ramai-ramai dalam KKR ini k...pastinya akan berlakunya kebangunan diri...Tuhan memberkati...

Sabtu, 23 Januari 2010

Welcoming Gathering Youth Nite - JUST DO IT!

Shalom Semua anak-anak Tuhan di dalam Kristus.
Pelayanan pemuda-pemudi kami mengadakan malam pesta konsert untuk muda-mudi bertempatkan di gedung gereja SIB Praise Valley. Marilah kita bersama-sama bersekutu di dalam Tuhan menjadikan YOUTH NIGHT ini dengan penuh meriah lagi. Ajak rakan-rakan anda mahupun keluarga anda juga datang bersama-sama di dalam gathering ini yah....See You There!

Pengkhotbah: Pastor Oda Ato
Tarikh: 30 Januari 2010 (Hari Sabtu)
Masa: 7.00pm - 10.30pm (waktu Malam)
Tempat: Gereja SIB Praise Valley (sebaris bangunan dengan Bank Muamalat di Satok,di atas kedai badminton - atas sekali at 2nd Floor)

Pesta Muzik dari setiap IPT....ada makan2....fellowship together2...

Our Pictures Youth Memories Together...Fun and Enjoy!



Khamis, 21 Januari 2010

Saya Pengikut Kristus (SPK)




Shalom kepada semua umat Tuhan di dalam Kristus. Semoga sihat dan diberkati selalu di dalam hidup kalian.

SPK ke-4 will begin...
Tempat: Gereja SIB Praise Valley
Tarikh mula: 7 Februari 2010 (Setiap Ahad)
Masa: 3pm - 5pm
Tempoh Anggaran: 3 Bulan menjalani SPK
Ketua Kelas: Chiwi Ngang

Gereja SIB Praise Valley (Lembah Pujian) ada mengadakan SPK ke-4 pada tahun 2010 ini bertempatkan di gedung gereja sendiri. bermula pada 7 Februari 2010 (hari Ahad) pada sebelah petang pukul 3.00 sehingga pukul 5.00pm....ajaklah ramai kawan-kawan datang untuk mengikuti kursus SPK ini bersama. SPK is about lifestyle. The great changing life programme ever made...

Program ini dijalankan selama 3 bulan dan mempunyai 15 topik yang hangat di dalamnya...sepanjang SPK banyak anak-anak muda yang diubah dan dijadikan kehidupan mereka segalanya baru. Memperoleh daya kepimpinan dan semangat keyakinan diri untuk mengabarkan injil keselamatan dunia bahawa Yesus Kristus adalah jawapan kehidupan dalam segalanya. jika dahulunya seseorang pemuda/pemudi itu malu dihadapan orang,sekarang....semuanya dah menjadikan kita matang dan terbuka fikiran kita kepada semua orang di dunia ini yang pastinya jawapan kebaikan.

Yang pastinya kehidupan kita dah berubah dimilikinya sesuatu yang hebat kita alami didalam Kristus...segala roh-roh jahat,roh-roh di udara,penguasa-penguasa langit tak dapat melawan kita sebab adanya kepenuhan hidup kita di dalam Kristus. Tuhan sentiasa menyertai kita. IMMANUEL....

Perkara utama yang harus kita menjadikan hidup kita baru....adalah KETERBUKAAN ADALAH AWAL PEMULIHAN...kita menjadikan kehidupan lama kita satu kesaksian hidup kita mengajar rakan-rakan lain mahupun junior kita segala yang salah dan lakukan yang baik dalam kehidupan kita bersama Tuhan. Pastinya pelayanan kita di gereja akan bangkit dan berubahnya stail dan gaya baru dalam kehidupan kita dalam Tuhan. SPK is about lifestyle (gaya hidup). Be successful and proactive in your life.

Information about SPK (Saya Pengikut Kristus)
Jilid dalam PEMENANG
terdapatnya Supervisor,
Ketua Kelas,
Pembina (yang dah pernah menjadi peserta mendapat sijil pemenang warna kuning)
dan akhir sekali peserta (that it will be YOU that first time joining us and mendapat sijil putih)

come bring along your friends,we unite and grows together in Christ...

IT WILL BE FUN AND MAKING YOUR LIFE INTO NEW....your new life with Our God in Heaven....close unto God....
Come and Join SPK at Kuching...at SIB Praise Valley....God bless you and your generations....Haleluyah!