Konsert ini berlangsung dari pukul 8.00pm sampai 11.00pm...di mana Opening acara ini dibawa oleh Praise Valley Band terlebih dahulu dengan hanya membawa dua buah lagu saja. Lagu Sukacita Bergelora (versi Japan-Rock) dan Hosanna (True Worshippers) yang diketuai oleh Souisa Ding (worship leader),backup singers - Loviana Ai, Andy Chung dan Gloria Gelawat. Pemain muziknya ialah Clarence Padan (Lead Guitar/Guitar), Freddie Daneil (Bass), Larry Sakai Geriso (Drum), Timothy Tadam (Keyboard) dan Ponisah Sabod (Acoustic Guitar). Segala yang terjadi sangatlah luar biasa....dan selepas itu,Soulcatchez mengambil bahagian mereka untuk menghangatkan lagi keadaan pada malam itu. Banyak jemaat yang datang dari setiap dominasi gereja...seperti gereja Latter Rain Church (LRC), St.Faith Church, Christ Baptist Church (CBC), Covenant Fellowship Church, SIB Satria Jaya Iban, SIB Ebenaezar dan banyak laginya gereja di Kuching....
Konsert ini juga diiringi dengan Firman Tuhan oleh Pastor Ambrose Liap dari SIB Satria Jaya Iban. Firman yang berkaitan dengan perubahan dunia yang diikat oleh iblis (Berjaga-jagalah anak-anak muda sebab iblis bagaikan singa yang mengaum-ngaum)....dan konsert ini dibawa oleh Soulcatchez dengan mempersembahkan lagu baru mereka. Akhirnya diakhiri oleh doa penutup oleh Pastor Ambrose Liap sekali lagi.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan